loading...
Bumi akan bertukar warna auranya beberapa kali dalam sehari. Waktu Zuhur, aura bumi menjadi warna kuning. Waktu asar berubah lagi menjadi warna oren, waktu matahari terbenam, aura bumi menjadi merah sehingga maghrib, dan aura hitam di waktu isyak.Berubah lagi menjadi putih di waktu tengah malam, dan berubah lagi di waktu subuh dengan warna biru. Berubah lagi aura warnanya sewaktu matahari terbit, berubah lagi sewaktu dhuha dan sehinggalah datangnya zuhur kembali.
Warna-warna aura bumi ini amat penting untuk tubuh dan kehidupan kita.warna ada fungsinya masing-masing.Warna aura bumi ini berada pada kadar yang maksimum sewaktu perubahan waktu. Warna aura bumi ini akan menurun kadar �powernya� apabila warnanya mahu berubah dari satu warna ke satu warna.
Tubuh kita memerlukan warna ini untuk kesihatan, kekayaan, kebahagiaan dan lain lain. Waktu solat asar. Kemuncaknya warna oren ini di waktu bilal sedang azan. Solat memberi kita kebaikan untuk mengakses warna oren tersebut agar kita menjadi sihat.
Orang yang melambatkan solat, warna aura bumi semakin menurun dan energinya semakin berkurangan. Maka itu agama menggalakan kita segera bersolat. Jangan dilambat-lambatkan, nanti energinya menurun dan �powernya� semakin berkurangan.
Warna merah di waktu senja memberi kekuatan pada mahluk syaitan. Maka pesan orang tua-tua, tutup pintu waktu senja, anak-anak masuk ke rumah, kerana waktu itu power syaitan tengah kuat.
Pada tubuh manusia, warna merah ini adalah menguatkan nafsu.Waktu tengah malam, warna aura bertukar putih, untuk kita bangun sholat tahajud, jiwa menjadi tenang bagi sesiapa yang akses aura putih ini. Di waktu subuh, warna aura bumi bertukar kepada biru muda- waktu paling bagus untuk ambil sedikit garam seperti sunnah baginda nabi.
Rahsia aura biru muda adalah penapisan daripada segala bentuk keburukan dalam pelbagai aspek yang kita akan hadapi pada waktu seterusnya. Sehinggalah sampai pada Warna aura dhuha untuk mengakses energi rezeki.
Waktu Dhuha.
Ada apa pada waktu dhuha?. Dalam waktu dhuha, ada gelombang warna hijau akan muncul setiap hari antara pukul 7-11 pagi. Untuk mendapat manfaat semula jadi elakkan tidur pada waktu pagi atau ketika warna hijau muncul di atmosfera. Orang yang tidur pada waktu ini akan mudah sedih dan bosan. Jika solat lima waktu paling bagus dibuat awal waktu, namun dhuha sebaliknya, sebaik-baik waktu amal solat dhuha pada sekitar 10.30 pagi, dimana aura gelombang hijau semakin berkurangan untuk penuhkan balik energi yang kita gunakan sepanjang selepas subuh.
Menurut hadith Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: �Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.�
Warna hijau, hari dominannya adalah Jumaat, sebab itulah hari Jumaat digalakkan memakai baju berwarna hijau pada hari tersebut agar serasi dengan gelombang alam.
Sebenarnya,hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu kebanyakkan warna yang menggambarkan Islam adalah dari warna hijau.Hijau adalah sama frekuensi dengan iman,frekuensi sel yang terletak pada dada. Setiap sel ada frekuensi dalam ukuran warna. Hijau lebih banyak menguasai bahagian perasaan iaitu jantung dan paru-paru. Apabila melihat kehijauan merangsang organ paru-paru dan jantung,dapat mengurangkan kemarahan dan panas baran. Namun apabila melihat hijau kita akan merasa damai,kebahagiaan dan ketenteraman.
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab �An- Nurain� sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : � Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan ."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : �Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan .
�( Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi )
Solat menghadirkan kesedaran kita pada ALLAH, lihat sekeliling dan ikuti saja alam semestar. Nak tambah energi, banyakkan berzikir di dalam hati dan inshaALLAH dengan berzikir, hati akan menjadi tenang. Tenang bererti energi penuh. Sebenarnya untuk sempurnakan amalan asas, Islam kena buat 7 solat.
1. Tahajjud
6. Maghrib
Solat 5 waktu adalah amalan asas umat Islam. Itu pun ada yang tinggal dan ada yang tak buat maka aura dalam diri manusia tadi tidak stabil. Amalan umat Islam bila bertahajud, kalau boleh kena solat dhuha sekali baru keseimbangan tubuh akan terhasil.
Imam Muslim meriwayatkan dalam shahih Muslimnya dari Aisyah ra. bahwasanya Rasulullah Saw bersabda:
�Sesungguhnya setiap manusia dari kalangan anak Adam diciptakan dengan 360 sendi. Barangsiapa yang bertakbir memahabesarkan Allah, bertahmid memuji Allah, bertasbih menyucikan Allah, dan beristighfar memohon ampunan kepada Allah, menyingkirkan batu dari jalanan, atau (menyingkirkan) duri atau tulang dari tengah jalanan, memerintahkan kebaikan, dan mencegah kemungkaran, sejumlah 360 sendi tersebut, maka hari itu ia telah berjalan sambil menjauhkan dirinya dari neraka.�
(Shahih Muslim: 1007,2/698)
1) Tulang belakang, memiliki 147 sendi:
25 sendi antartulang belakang
72 sendi antara tulang belakang dan tulang rusuk
50 sendi antartulang belakang pada jalan makanan samping
2) Dada, memiliki 24 sendi:
2 sendi antara tulang dada dan rongga dada
18 sendi antara tulang dada dan kepala
2 sendi antara tulang selangka dan belikat
2 sendi antara belikat dan tulang batang dada
3) Bahagian atas tubuh, memiliki 86 sendi:
2 sendi antara tulang bahu
6 sendi antara tulang siku
8 sendi antara tulang pergelangan tangan
70 sendi antara tulang-tulang tangan
4) Bahagian bawah tubuh, memiliki 92 sendi:
2 sendi tulang paha
6 sendi antara tulang-tulang dua lutut
6 sendi antara pergelangan kaki
74 sendi antara tulang-tulang telapak kaki
4 sendi antara tulang lutut
5) Daerah sekitar perut, memiliki 11 sendi:
4 sendi antara tulang ekor
6 sendi antara tulang pinggul
1 sendi antara sambungan tulang kemaluan
Jumlah keseluruhan adalah: 147+24+86++92+11=360
(sumber: Dr Hamid)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
�Pada tiap -tiap pagi lazimkanlah atas tiap - tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap - tiap tahlil satu sedekah , tiap - tiap takbir satu sedekah , menyuruh berbuat baik satu sedekah , dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .�
(Hadis riwayat Al -Bukhari dan Muslim )
Setiap manusia ada 360 sendi, mesti bersyukur kepada ALLAH sebanyak itu setiap hari, solat dhuha mampu menyamainya. Solat dhuha adalah sedekah kepada tubuh sendiri untuk bersyukur, anggota badan digunakan untuk bergerak dan bekerja. Dengan solat dhuha, pintu �rezeki� kita pasti dibuka seluas-luasnya.
Moga sama-sama memperolehi manfaat.
Semoga Kita pengakhirnya Dalam Husnul Khatimah.
loading...
0 Response to "Kelebihan SOLAT DHUHA Dari Segi Kesihatan Manusia yang ramai tidak tahu.."
Post a Comment