loading...
Nampak mustahil tetapi realiti. Itulah yang terjadi pada Daljinder Kaur, 72 tahun telah berjaya melahirkan anak pertamanya pada 19 April tahun lepas. Wanita itu yang kini berusia 73 tahun mengatakan bahawa selepas dia melahirkan Armaan, anaknya, dia mengalami masalah tekanan darah tinggi dan lemah sendi.
Pasangan suami isteri, Daljinder Kaur, 72 dan Mohinder Singh Gill, 80 membuat keputusan untuk mendapatkan anak menerusi rawatan IVF selepas 46 tahun berkahwin tanpa anak. Rawatan ini dilakukan oleh Dr Anurag Bishnoi, 43, yang bersetuju membantu pasangan itu mendapatkan anak.
Walaupun pada awalnya badan Daljinder Kaur lemah dan kelihatan tidak mampu untuk mendapat bayi, namun hasrat untuk memiliki anak tetap diteruskan. Pada awalnya, anaknya yang diberi nama Armaan juga mengalami masalah pertumbuhan yang mana pada usia 3 bulan, ibunya terpaksa berhenti menyusukan badan.
Armaan Singh, yang akan mencecah usia setahun pada bulan hadapan, dilahirkan dengan berat 1.6kg sahaja. Kini, beratnya hanya sebanyak 6.8kg.
�Dia masih berada di bawah berat badan normal,� kata Daljinder. Daljinder juga menyatakan bahawa saiznya itu menyebabkan lampin tidak muat. �Itu mungkin kerana saya tidak memberinya makan dengan sempurna.�
Daljinder ada membuat pertanyaan kepada doktor sekiranya Armaan boleh diberi apa-apa ubat untuk menambahkan berat badannya tetapi doktor hanya mengesyorkan bayi tersebut bertambah berat secara semulajadi.
loading...
0 Response to "Wanita di India Lahirkan Anak Pertama Pada usia 72 tahun, akui ianya sukar.."
Post a Comment