Tips untuk menghilangkan sakit kepala dalam masa lima minit tanpa menggunakan modal

loading...
Tips untuk menghilangkan sakit kepala dalam masa lima minit tanpa menggunakan ubat..
Tips untuk menghilangkan sakit kepala dalam masa lima minit tanpa menggunakan ubat
Kadangkala, kita sedang sibuk bekerja atau belajar apabila tiba-tiba kita diserang sakit kepala. Sudahlah sakit, tiada pula ubat atau pil untuk menghilangkannya. Pernahkah perkara sebegini berlaku kepada anda? Pasti ianya menyebabkan anda lebih tertekan.
Kami di sini ingin membantu anda menghilangkan sakit kepala dengan kaedah saintifik yang digelar sebagai �acupressure�. Ianya mampu menghilangkan sakit kepala dengan cepat dan mudah.
Acupressure� merupakan sejenis urutan dan keberkesanannya telah disahkan oleh beberapa kajian saintifik. Menggabungkan akupunktur dan terapi refleks, ianya sangat mudah dan anda tidak memerlukan pengalaman perubatan untuk menggunakannya. 

Bagaimana untuk mengurut titik �acupressure�

Cari tempat yang selesa dan relaks. Urutan ini tidak akan mengambil masa yang lama: Cuma 30 saat hingga 1 minit sahaja.
Urut di titik �acupressure� dengan menekan dengan perlahan atau membuat gerakan bulatan. Kebiasaannya, sakit kepala akan hilang selepas 5-10 minit diurut. 

Terdapat 6 titik utama untuk menghilangkan sakit kepala

1. Titik Yin Tang
head1
Titik Yintang, terletak betul-betul di antara kening. Titik ini juga boleh digunakan sekiranya ingin menghilangkan kelesuan pada mata. 

Titik Zan Zhu

head2
Titik simetrikal ini terletak di titik asal kedua-dua belah kening. Urutan di kawasan ini dipercayai boleh menghilangkan hidung yang berair dan meningkatkan ketepatan penglihatan. Urut selama 1 minit dengan menekan atau menggerakkan jari dalam urutan pusingan.

Titik Yingxiang

head3
Titik ini terletak di kedua bahagian pipi berdekatan hidung, selari dengan posisi kedua belah mata. Anda boleh mencari titik ini juga dengan mencari lekuk bawah tulang pipi. Ianya dikatakan dapat membantu membuka ruang sinus, mengurangkan sakit kepala, sakit gigi dan menghilangkan stres.

Titik Tian Zhu

head4
Titik ini terletak di bahagian belakang leher. Ianya berada di kawasan bawah anak rambut belakang dan selari dengan permulaan tulang belakang. Urutan di titik ini dapat membantu menghilangkan saluran hidung tersumbat, sakit di kawasan mata dan telinga, sakit kepala kronik dan migrain.

Titik Shuai Gu

head5
Titik Shuai gu terletak 2-3 cm daripada titik anak rambut depan. Ianya selari dengan dahi. Anda boleh mencari dengan merasakan sedikit lekuk di kawasan itu. Apabila terdapat tekanan pada titik ini, ianya mampu menghilangkan kesakitan di kawasan temporal dan kelesuan mata. 

Titik He Gu

head6
Titik simetri ini terletak di belakang tapak tangan, antara ibu jari dan jari telunjuk. Dengan menekan titik ini, ianya dapat membantu menghilangkan sakit belakang, sakit gigi dan tekanan di kawasan otot leher.
loading...

0 Response to "Tips untuk menghilangkan sakit kepala dalam masa lima minit tanpa menggunakan modal"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close