Akibat anak- anak suka tidur dengan botol susu, semua gigi anak terpaksa dibuang kerana jangkitan kuman dan bernanah dihakis susu

loading...


Ibu bapa selalu diingatkan untuk menjaga kebersihan gigi anak mereka bermula dari usia bayi. Walaupun gigi anak hanya merupakan gigi susu sementara, namun kesihatan gigi susu mempengaruhi kesihatan gigi anak di kemudian hari. Kisah ini dikongsikan oleh Puan Jeb Aen di facebook miliknya.
Image may contain: 3 people
"Oleh kerana ramai sahabat-sahabat saya 'pm' dan WhatsApp saya bertanya kenapa anak sulung saya kena bedah buang semua gigi, jadi saya kongsi sedikit maklumat ya. 
Anak saya suka tidur dengan botol susu sejak dari kecil lagi. Semasa dia berusia 6 bulan pun gigi dah tumbuh. Jadi, empat batang gigi bahagian atas memang rongak terus. Hari itu sampai bernanah disebabkan jangkitan kuman. Selepas diberi antibiotik, barulah okey sikit. 
Image may contain: one or more people, people sleeping and closeup
Kemudian saya terus pergi rujuk dengan doktor pakar gigi sebab tak tahan dengan masalah gigi anak. Anak saya tak ada makan gula-gula atau jajan seperti kanak-kanak yang lain. Dia hanya obses pada botol susu. Disebabkan manis susu itulah gigi dia terhakis. 

Penyelesaiannya, dia kena buat dental clearance untuk elak kuman dan supaya gigi kekal tumbuh dengan cantik dan sihat. Gigi anak digosok. Tetapi rezeki dia nak jadi macam ini, nak buat macam mana? Saya mampu buat begini kerana inilah jalan terbaik untuknya. 
Image may contain: one or more people and people sleeping

Selepas pembedahan selama 3 jam, dia terus makan bubur dan minum seperti biasa. Tiada merengek atau menangis. Sangat-sangat bersyukur sebab dia sendiri tak tahan dengan gigi lama dia. Doakan saya istiqomah menjaga gigi anak nanti."
loading...

0 Response to "Akibat anak- anak suka tidur dengan botol susu, semua gigi anak terpaksa dibuang kerana jangkitan kuman dan bernanah dihakis susu"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close