Viral kisah lamaran Noh kepada Mizz Nina Hanya ada RM8 ribu dalam akaun

loading...
Viral kisah lamaran Noh kepada Mizz Nina Hanya ada RM8 ribu dalam akaun
ANTARA pasangan artis yang sering mendapat perhatian media dan peminat adalah Noh Hujan dan Mizz Nina.
Apatah lagi selepas penghijrahan Mizz Nina, bukan sedikit yang menyimpan rasa kagum terhadap pasangan yang nampak 'low profile' ini.
Hari ini, sebuah perkongsian daripada pemilik akaun Facebook bernama Azfar Mohd, berkisarkan kisah percintaan dan penghijrahan mereka ke arah lebih baik, viral di laman sosial.
Dalam perkongsiannya, Azfar bercerita, Noh dalam satu sesi motivasi pernah membuat pengakuan bahawa dia menceburi bidang seni dengan satu niat, iaitu untuk mencari rezeki.
Tidak pernah mengikuti pengajian di peringkat tinggi, keputusan itu bagaimanapun mempunyai cabaran dan dugaan tersendiri, memandangkan hidup sebagai anak seni ada turun naiknya.
Namun mungkin kerana keikhlasannya, rezeki Noh semakin lama, semakin baik.
Dan rezekinya bertambah baik selepas berkenalan dan kemudiannya mengahwini Mizz Nina.
Paling menyentuh hati, adalah cerita bagaimana dia melamar puteri Tan Sri Dato' Azman Hashim itu.
"Saya tiada harta, tapi jika awak mencari suami yang akan menjaga awak dan membimbing awak ke jalan Allah, insha Allah saya boleh lakukan," itu yang dikatakan Noh kepada Mizz Nina.

Berlandaskan niat yang baik itu, kehidupan mereka berdua juga menjadi semakin baik selepas berkahwin. Mizz Nina yang sebelum ini dikenali kerana imej seksinya, berubah penampilan menjadi Muslimah sejati. Malah, dunia seni juga sudah jauh ditinggalkannya.
"Semuanya dengan niat kerana Allah. Jika anda bertemu seseorang yang boleh menjadikan anda Muslim dan Muslimah yang lebih baik, jangan lepaskan dia," itu yang dipesan Noh, tulis Azfar.
Perkongsian Azfar itu telah menerima lebih 32 ribu likes dan lebih 10 ribu perkongsian.
Noh dan MizzNina, atau nama sebenarnya Shazrina Azman, berkahwin pada tahun 2011. Mereka mengerjakan haji pada tahun 2013 dan Mizz Nina mula mengubah penampilannya selepas itu.
loading...

0 Response to "Viral kisah lamaran Noh kepada Mizz Nina Hanya ada RM8 ribu dalam akaun"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close