TIADA GUNANYA CANTIK BERTUDUNG TETAPI PAKAI BAJU LENGAN PENDEK

loading...
TIADA GUNANYA CANTIK BERTUDUNG TETAPI PAKAI BAJU LENGAN PENDEK

Aurat lengan selalu dipandang remeh. Biasa kita dengan tentang kewajipan bertudung kan? Sebenarnya bukanlah tudung yang menjadi fokusnya sebaliknya tentang kewajipan menutup aurat.
Dengan perkembangan fesyen yang semakin rancak, kami di ELLE ZADA ingin mengajak sekalian para suami, Ayah-ayah, Abang-abang dan Adik-adik lelaki serta khususnya para muslimah kesayangan semua untuk merenungi perkongsian kali ini. Sebarkan seluas-luasnya supaya lebih ramai dapat manfaat, insyaAllah.
Kita dapat lihat di media sosial terlalu banyak perkongsian gambar dari para msulimah yang tidak benar-benar menutup aurat sempurna. Mereka mengenakan tudung, tetapi memakai T-Shirt lengan pendek, bahkan ada juga yang mengenakan sarung lengan yang ketat disamping pemakaian T-Shirt lengan pendek tersebut dengan anggapan mereka, mereka telah menutup aurat mereka sebaiknya.
Jika kita berbaik sangka, mereka mungkin tidak tahu. Mungkin hal ini ramai yang terlepas pandang, jadi perkongsian maklumat ini amat penting buat semua para muslimah khususnya.

Bagaimanakah menutup lengan dengan sarung tangan boleh dikira tidak menutup aurat?

Antara syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan sesuatu yang menghalang dari nampak tubuh badan berkaitan dan pakaian tersebut WAJIB tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh badannya.
Sekiranya seorang wanita memakai baju lengan pendek dan memakai sarung lengan sampai ke pergelangan tangannya maka hukumnya masih dikira tidak menutup aurat mengikut syariat. 
Hal ini adalah kerana bentuk aurat yakni tangannya masih kelihatan melainkan sarung lengan yang dipakai itu longgar dalam erti kata lain tidak kelihatan bentuk lengannya.

Tips memelihara aurat lengan dalam berfesyen

Sebaik-baiknya kita pilihlah untuk memakai baju lengan panjang seperti baju kurung, jubah atau t-shirt muslimah (berlengan panjang dan longgar) dan memakai sarung lengan di bahagian dalam. Sekurang-kurangnya apabila kita melakukan aktiviti dan tersinsing lengan baju, masih lagi terpelihara dari pandangan mata.
Kita perlu ingat apakah yang digariskan sebagai aurat buat wanita dalam Islam. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi (lelaki asing) adalah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). 
 
Dalam bahasa yang mudah difahami, seperti mana aurat di dalam Solat, seperti itulah Aurat di luar solat. Maka, kaki, lengan, rambut, tubuh adalah AURAT.
Jadi, jika dikumpulkan pendapat yang kuat dan sahih, keseluruhan tubuh wanita adalah aurat dan wajib ditutup kecuali dua bahagian iaitu; muka dan tangan (tapak tangan sehingga ke pergelangan tangan). 
Beza Muslim dengan Kafir adalah ketaatannya pada Perintah ALLAH.
Sama-sama kita nilaikan diri sendiri semoga kita tidak tergolong dari kalangan mereka yang memilih-milih apa yang mahu diamalkan mengikut kesukaan peribadi.
Mesej penuh kasih sayang buat semua sisters yang dikasih Team ELLE ZADA di luar sana. 
Jom sebarkan maklumat ini supaya ada yang tidak tahu boleh sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik ;)
loading...

0 Response to "TIADA GUNANYA CANTIK BERTUDUNG TETAPI PAKAI BAJU LENGAN PENDEK"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close