loading...
Beras yang tidak disimpan dengan elok akan menyebabkan ia dimakan oleh kutu beras. Kutu beras yang tidak dihapuskan akan menyebabkan beras jadi rosak dan tidka boleh dimakan lagi. Jadi, kami ada tips untuk kornag hapuskan serangan kutu beras ini dengan menggunakan 5 petua berkesan ini.
Daun limau purut
Aroma daun limau purut sangat kuat baunya yang menyebabkan kutu berasa tidak menyukainya. Aroma yang kuat ini akan menghilangkan juga bau beras yang hapak. Korang letak daun limau purut tersebut mengikut 3 lapisan beras. Letak di bahagian bawah bekas, tengah dan juga atas beras okay.
Daun Pandan
Ambil sehelai daun pandan, kemudian simpulkan ia sebelum korang masukkan ke dalam bekas simpanan beras. Aroma daun pandan dan limau purut akan menyebabkan kutu beras hilang malah akan menjadikan bau beras lebih wangi
Cili kering
Mudah sahaja, potong cili kering ini kepada dua dan letak dalam bekas simpanan beras okay!
Cara ini merupakan cara tradisional. Cara-caranya, korang jemur beras di bawah sinaran marahari sehingga kutu beras hilang.
Daun belimbing buluh
Ambil 3 atau 4 helai daun belimbing buluh yang sudah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan sangat berkesan menghalau dan menghapuskan kutu beras.
Kulit kayu manis
Kulit kayu manis digunakan untuk menghalau semut , malah ia juga boleh menghalau kutu beras. Aromanya yang kuat akan membuatkan kutu beras tidak suka dan hilang dari beras.
Senang aje kan?? Selamat mencuba yaaa
Kredit:abangterlajaklaris
loading...
0 Response to "Terbukti BERKESAN!! 6 Petua Berkesan Nak Elak Beras Dimakan Kutu Beras.."
Post a Comment