Putin Hantar Kapal Perang Jaga Syria Selepas Negara Itu Diserang 59 Peluru Berpandu Tomahawk Atas Arahan Trump

loading...
Putin Hantar Kapal Perang Jaga Syria Selepas Negara Itu Diserang 59 Peluru Berpandu Tomahawk Atas Arahan Trump
Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengarahkan kapal perangnya untuk menjaga perairan Syria dan berkata akan meningkatkan sistem pertahanan misil Bashar al-Assad dari serangan peluru berpandu selepas Syria diserang oleh 59 peluru berpandu Tomahawk baru-baru ini.
Arahan serangan itu diberi lampu hijau oleh Trump sendiri yang menyifatkan 'tiada kanak-kanak patut menderita serangan gas kimia'.
Gerakan oleh Putin menggerakkan kapal perang itu meningkatkan kegusaran krisis ke arah perang antara Rusia dan barat.
Kapal perang Admiral Grigorovich itu diletakkan di laluan yang dilalui oleh peluru berpandu yang dihantar oleh AS itu.
Putin menyifatkan serangan AS terhadap Syria itu sebagai 'satu perbuatan yang kejam' serta turut membatalkan perjanjian antara Rusia dan AS untuk mengelak sebarang pertembungan antara jet pejuang mereka di ruang udara Syria.
Sumber: DM
loading...

0 Response to "Putin Hantar Kapal Perang Jaga Syria Selepas Negara Itu Diserang 59 Peluru Berpandu Tomahawk Atas Arahan Trump"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close