Kejam! Serangan Udara Gas oleh Rusia Mengorbankan 70 orang awam termasuk 10 kanak-kanak..

loading...
Kejam! Serangan Udara Gas oleh Rusia Mengorbankan 70 orang awam termasuk 10 kanak-kanak..
Serangan gas: Penjelasan Rusia tidak kukuh
Foto bertarikh 4 April menunjukkan kanak-kanak yang maut dalam serangan udara gas oleh tentera kerajaan Syria. - Foto Edlib Media Center/AP
UNITED KINGDOM - BRITAIN. Pakar senjata kimia Britain mendakwa penjelasan Rusia mengenai serangan udara gas di Syria yang mengorbankan 70 orang awam termasuk 10 kanak-kanak adalah 'tidak kukuh'.
Dalam kejadian serangan udara oleh tentera rejim berkenaan, Rusia mendakwa serangan tersebut mengenai sebuah 'gudang milik pengganas yang menyimpan senjata kimia'.

Siasatan awal mendapati gas tersebut kemungkinan adalah gas saraf jenis sarin yang dikategorikan sebagai senjata pemusnah massa (Weapon of mass destruction/WMD).
Lebih mengejutkan, sebuah hospital yang merawat mangsa serangan tersebut juga dibom oleh tentera Assad pada hari sama.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengatakan mangsa serangan menunjukkan simptom yang konsisten dengan mangsa yang terdedah kepada gas saraf.
Sementara itu, Setiausaha Kementerian Luar Britain, Boris Johnson berkata, rejim Assad bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.
"Semua bukti yang ada dengan jelas menunjukkan rejim Assad yang melakukannya, dan mereka tahu mereka menggunakan senjata pemusnah yang diharamkan dalam serangan kejam terhadap rakyat mereka sendiri," kata Boris dalam sebuah mesyuarat.
loading...

0 Response to "Kejam! Serangan Udara Gas oleh Rusia Mengorbankan 70 orang awam termasuk 10 kanak-kanak.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close