Juri lain ganti Najip

loading...
Juri lain ganti Najip
Kuala Lumpur : Juri tetap program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Najip Ali bakal digantikan berikutan dakwaan mengenai tindakannya dikatakan mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam program TV di Singapura, baru-baru ini.
Menurut sumber, pengganti Najip yang juga pengacara popular dari Singapura itu bakal diketahui Jumaat ini menerusi siaran langsung MLM bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna.
Difahamkan, tempat Najip bakal digantikan dengan seorang lagi bekas pengkritik program realiti lawak popular itu.
Sementara itu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad ketika dihubungi enggan mengesahkan mengenai perkara itu.
"Buat masa sekarang pihak kami tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara ini," katanya ringkas.
Semalam Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah dalam satu kenyataan mendesak penerbit program yang ditayangkan di stesen TV Singapura itu memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri.
Dalam program berjudul OK Choppe terbitan Mediacorp 5 itu, Najip dan beberapa selebriti dari Singapura dikatakan tidak sensitif dengan budaya dan sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia apabila sengaja menjadikan Perdana Menteri sebagai bahan jenaka.
Dalam program itu, artis terbabit diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan dua perkataan iaitu �Najib slams... for threatening Malaysia progress� dan perkataan yang tertinggal itu adalah `fake news�.
Artis terbabit kemudian menyambung ayat itu dengan kata-kata yang menghina dan merendah-rendahkan pemimpin negara.
Seniman juga akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, Jumaat ini.
Dalam pada itu, usaha Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada Najip tidak berjaya apabila pengacara itu tidak menjawab telefon dan membalas mesej.

Credit: Harian Metro
loading...

0 Response to "Juri lain ganti Najip"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close