Budak 7 Tahun Terjun Dari Tingkat 10 Bangunan Guna Payung Selepas Terinspirasi Tengok Kartun, Nasib Baik Terselamat

loading...
Budak 7 Tahun Terjun Dari Tingkat 10 Bangunan Guna Payung Selepas Terinspirasi Tengok Kartun, Nasib Baik Terselamat

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terselamat selepas dia terjun dari tingkat 10 menggunakan payung - dalam cubaan untuk meniru perbuatan kartun.
Kejadian tersebut berlaku pada Isnin lepas.
Selepas melihat satu watak kartun terjun menggunakan payung sebagai parchute untuk mendarat dengan selamat di atas tanah, budak terbabit terinspirasi lalu ingin membuat perkara yang sama.
Budak berkenaan pergi ke tingkap rumahnya di tingkat lima (duplek) lalu terjun menggunakan payung. Bagaimanapun, dia terselamat apabila terkena wayar kabel elektrik yang berjaya mengurangkan impak ketika terjatuh.
Kanak-kanak itu menerima kecederaan yang serius, namun doktor berkata dia dalam keadaan stabil.

Budak itu terjun dari jendela rumah dupleknya yang berada di tingkat lima.

Kejadian yang sama berlaku pada 2013 apabila seorang kanak-kanak berusia lima tahun cuba terjun dari tingkat enam bangunan selepas menonton kartun.
Sumber: shanghaiist.com
loading...

0 Response to "Budak 7 Tahun Terjun Dari Tingkat 10 Bangunan Guna Payung Selepas Terinspirasi Tengok Kartun, Nasib Baik Terselamat"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close