loading...
For some, marriage is a prison. Sebab bila bernikah sahaja, para isteri sudah tiada kawan melainkan suami. Dapat pula suami spesis 'shayateen', maka amat kasihanlah nasib isteri.
Aku terdetik menulis ini bila membaca tampalan seseorang wanita bujang di dinding Facebooknya perihal isteri yang tidak tahu menjaga aibnya si suami seperti contoh:
- Yang kaki lepak hingga larut malam atau dinihari
- Yang suami tidak sedikitpun melempar sebarang sen mahupun ringgit
Aku pun membalas tampalan itu, aku sekali juga tidak setuju dengan pengaiban begitu. Tetapi ketahuilah wanita kebanyakannya sesudah dinikahi tidak punya kawan, malah ada sudah seperti putus hubungan dengan keluarga sendiri.
Mereka ini tertekan, tidak mampu berfikir apa-apa dan sangat beremosi dengan layanan manusia yang sepatutnya melindungi dan mengasihi tetapi menjadikan isteri seperti hamba abdi.
Rumah bukan lagi syurga rumahtangga tetapi umpama neraka yang tidak berapi. Jadi tidak hairan, masa ini ramai wanita hilang kelembutan dek lelaki yang sudah tiada kejantanan.
Aku minta supaya scroll sahaja jika terdetik rasa benci. Jika anda sayang sahabat anda, tinggalkan sepotong doa dan sokongan di bahagian komen. Love them. Elakkan segala bentuk penghakiman kerana nasib kita esok belum ketahuan.
loading...
0 Response to "Bila bernikah sahaja, para isteri sudah tiada kawan melainkan suami"
Post a Comment