loading...
Nasi merupakan makanan ruji di negara kita. Lazimnya kita mengambil nasi seminimum sekali sehari dalam melakukan rutin dan kerja seharian. Karbohidrat sederhana yang terdapat pada nasi merupakan sumber tenaga bagi tubuh.
Namun begitu, pengambilan karbohidrat menerusi nasi ini mempunyai kesan kurang baik kepada kesihatan. Pengambilan karbohidrat adalah perlu, namun ianya harus diambil dalam julat yang terhad.
Pakar nutrisi telah menetapkan bahawa karbohidrat perlu diambil adalah sebanyak 45 hingga 65 peratus setiap hari untuk memberi bekalan tenaga kepada tubuh.
Jika diambil secara berlebihan, ia mungkin akan mengakibatkan beberapa penyakit dan menggalakkan proses lebihan lemak di badan.
Sebenarnya, kajian membuktikan terdapat banyak manfaat yang boleh kita dapati jika kita mengurangkan karbohidrat sederhana seperti nasi ini.
1. Tidak cepat lapar
Karbohidrat tidak mengenyangkan kita sebaliknya makanan mengandungi serat, protein, dan lemak. Sebanyak mana pun kita memakan nasi, tubuh akan tetap menginginkan makanan lain yang mengandungi nutrisi. Natijahnya, kita akan cepat lapar.
2. Membina otot yang kuat
Jika anda ingin membina otot, karbohidrat seperti nasi harus dikurangkan. Hal ini kerana bahan makanan karbohidrat tidak mengandungi sebarang protein. Protein adalah elemen penting dalam pembentukan otot tubuh manusia.
3. Lebihan lemak dibakar tubuh
Jumlah kalori yang ada dalam badan dapat dikurangkan jika pengambilan karbohidrat dihadkan. Hal ini akan membuatkan lebihan lemak yang disimpan sebagai tenaga dibakar oleh tubuh.
4. Perut tidak menjadi buncit
Jika anda menukar karbohidrat sederhana seperti nasi dengan makanan yang kaya dengan serat, perut anda akan menjadi rata dan tidak buncit. Punca utama perut buncit adalah kekurangan serat dan membuatkan usus menjadi tidak sihat.
5. Lebih bertenaga dan stamina tinggi
Tidak semua karbohidrat tidak bagus untuk tubuh. Namun, memilih karbohidrat yang baik dan berguna untuk jasad kita akan menyebabkan tenaga menjadi lebih dan kesihatan akan stabil. Kita tidak cepat merasa penat dan mengantuk sepanjang hari.
loading...
0 Response to "5 Fakta Jika Berhenti Ambil Nasi"
Post a Comment